Thursday, November 15, 2018

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

Oleh: Pokcik K


Salam u'ols...
Hari ni lepas hantar cikpuan g klinik, pokcik p pasar utc beli lauk basah utk stok seminggu. Walaupun tgh dok diet😉, sedap jgk kalo dpt makan udang masak lemak cili api. 

Pokcik ni tak lah suka mkn udang, mmg jenis turn off la kalo menu lauk udang. Tp tp, disebabkan masak lemak cili api ni la satu2nya menu yg membolehkan pokcik makan udang. Bau udangnya akan hilang kalo kuah masak lemaknya power. Pergh nk nk pulak kuah tu meresapi masuk dlm udang..hehe meletop kebabooom💥.

Pokcik reka resepi ni selepas pokcik makan lunch menu ni kt nilai spring golf club kalo x silap🤩.

Ni pokcik nk share resepi udang masak lemak cili api kebabooom.

Sebenarnya tunjuk gmbr lg senang kan nk tgk. Tambah2 mcm pokcik ni yg malas sgt nk membaca panjang2. 

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api
10 ekor Udang
4 biji bawang kecil
1 inci kunyit
7 biji cili padi
1 biji cili besar merah
1 btg serai diketuk
1 biji kentang 
1 helai daun kunyit
1/2 cwn santan (dlm seringgit)
1 cwn air
Gula / garam

Cara masak

1. Mula2 korang blend bawang & kunyit sehingga lumat. Lepas tu baru masukkan cili besar & cili padi, yg ni blend kejap je supaya cili tu kasar2 je.

2. Masak bahan blend td bersama ubi kentang & serai. Masak sehingga ubi empuk. Boleh tambah air sikit2 kalau nmpk kering.

3. Kemudian, masukkan udang (udang tu korang buang kepala & belah blkg utk buang tali najis dia) dan tambahkan dlm stgh cawan santan. Korang check la kepekatan yg korang suka.

4. Masukkan daun kunyit dan masak seketika dgn api yg perlahan. Udang & santan x perlu masak lama sbb nnt pecah minyak. Lepas tu tambahkan garam & gula secukup rasa.

Tara... siap. Bon Appetit 😋

No comments:

Post a Comment