Salam blogger's.
Kira-kira dh lama pokcik x masak bihun sup. Ni pokcik nk share sikit, selain laksa pokcik sekeluarga juga hantu bihun sup. Nak nak pulak tulang lembu fresh dari ladang, pergh....aromanya power habis. Try skali x puas, mesti 2 3 mangkuk baru puas. Ada 2 3 rahsia kesedapan sup tulang pokcik akan share dgn korang... sila duduk dan jgn lari🤣😆
Pokcik reka resepi ni setelah beberapa kali percubaan dan mencoba sup dimerata tempat dlm malaysia mahupun indonesia. Rasa sup buntut sapi indon mmg enak sekali, terangkat buntutku😄...haha.. resepi sup tulang pokcik ni rasanya mcm resepi sup antara benua...haha😎
Pokcik guna periuk noxxa je cepat sikit masak... sape2 nk order periuk noxxa dgn pokcik pun boleh...hehe
Ni resepinya....
Kuah Sup Tulang
1 kg tulang lembu (nk letak sikit pun ok)
1/2 kg daging berurat (mmg power letak yg ni)
1 bgks fishball (ikut suka la nk letak ke tak, pokcik pun x mkn fishball)
1 bgks Sup Punjut Tulang Al-Waqiah (so far pokcik rasa sup bunjut ni la yg paling sedap)
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 inci halia
3 sudu serbuk rempah sup
2 biji ubi kentang dipotong dadu
1 kiub pati ayam (kalo nk sedap boleh letak ni)
1 sudu lada sulah aji-shio (*secret ingredient)
1 sudu black pepper aji-shio (*secret ingredient)
3 jag kecil air (dlm 3liter mcm tu)
Garam
Sambal Kicap
5 bawang putih
15 biji cili hijau
2 sudu cuka makan
5 sudu kicap masin
5 sudu kicap lemak manis
*semua bahan di atas dikisar dgn sedikit air dan dimasak seketika
Penyediaan Bihun
Bihun dicelur
Taugeh dicuci
Daun sup/bawang
Bawang goreng
Cara masak:-
1. Masukkan tulang yg telah dicuci, air, sup bunjut tulang dan halia. Masak guna periuk noxxa high pressure selama 30 minit. Selepas 30minit, masukkan pula daging urat dan masak secara high pressure selama 20minit.
2. Sambil2 tunggu daging masak, tumis bawang merah & bawang putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan serbuk rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air. Kemudian masukkan bahan tumisan dalam kuah daging yg telah siap direbus. *Bahan tumisan ni kalo korang nk buat awal & rebus bersama tulang pun ok... cara pokcik buat ni org kampung panggil 'tumis darat'.
4. Masukkan fishball, ubi kentang, kiub ayam, lada sulah, black pepper & garam. Masak seketika sehingga ubi empuk. Ready to serve!
Ohh lupa...ada lg satu rahsia kesedapan pokcik nk habaq, kalau korang tak confident dgn kuah korang or nk lg sedap, korang boleh tambah rempah sup siap adabi 1 peket... pergh mmg power habis, tiada tandingan.... dulu dulu pokcik letak la, lani cemuih dh... hehe
5. Ni cara buat sambal kicap, senang... kisar semua bahan sambal kicap dan masak mcm ni... masak sampai didih & tutup api...
6. Tara...sambal kicap siap, mmg terangkat pekena dgn sup... rahsia aroma terangkat adalah dgn campur cuka makan td.
Done, now ready to eat.... Bon Appetit!😋
No comments:
Post a Comment