Tuesday, December 11, 2018

Resepi Nasi Lemak Ibuku

oleh: Pokcik K


Salam all. Apa khabar? Harap hangpa sihat nuh. Rasa dh lama pulak pokcik x update blok pokcik. Al maklumlah, minggu ni pokcik sesgt busy dgn kerja dunia...hehe😎

Nak tau dak pasai pa entry pokcik kali ni resepi nasi lemak ibuku? Camni critanya, dulu masa kecik2, mak pokcik meniaga nasi lemak pagi2. Memang superb beb, air tangan ibu la katakan. Mmg hari2 lah pokcik tapau bwk g sekolah. Sedap + jimat sbb dpt save duit dlm tabung ..hehe 

Ada skali tu time cuti, pokcik bangun lambat sikit. Tgk2 nasi lemak dh habis... Keciwa la pokcik sbb x dpt nk mkn nasi lemak. Pokcik nekad jgk nk mkn nasi lemak haritu... So, pokcik try la masak. Masa tu nk dpt santan, kena mesin nyior dulu...pastu perah bersama air suam, baru la dpt santan.

Kk byk pulak membebel... Ni resepi nasi lemak.. senang je pun.

Nasi Lemak

1. Mayang 3ulas bawang kecik, 1inci halia, bunga lawang dan kulit kayu manis.


2. Basuh beras 2 pot, masukkan air ikut sukatan masak nasi biasa. Masukkan bahan seperti di atas bersama daun pandan. Kemudian tambahkan 3sudu santan (or lebih kalau nk lebih lemak) dan sedikit garam. Ok tekan butang cook.


3. Ok, dh siap pun nasi lemak... Senang je kan... Lauk dia korang tgk la entry pokcik yg lain. Sambal sotong ke, ikan bilis ke, rendang ayam pun sodap. Ikut selera masing2.


4. Bon Appetit 😋


Sunday, November 25, 2018

Resepi Popia Sardin

oleh: Pokcik K

Yummy, sedap jugak popia sardin pokcik ni. Dok d ofis teringin pulak nk makan popia, bila tanya cikpuan dia kata sedap jgk popia sardin. Hehe, so apa lg...planing la buat popia. 

Assalamualaikum w.b.t.
Semoga kita semua dilimpahi kasih syg Allah dan dirahmati olehNya. Amin

Nak tau dak mcm mana tetiba teringin nk mkn popia? Haritu ktorg dok layan i can see your voice Malaysia, time tu dorg wat kluar popia... Adui, terus teliur tgk... 2 3 hari lps tu, menjadi la menu baru pokcik. Hehe

Haaa ni pokcik tunjukkan cara-cara nk wat popia sardin... Tp sorry la awai2 pokcik lupa lak nk snap picture😅

Resepi Popia Sardin 
1 tin Sardin Besar (pokcik guna ayam brand)
3 biji Bawang merah*
2 biji Bawang putih*
5 sudu cili giling (cili kering blend pun ok)
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 biji ubi kentang potong dadu.
Garam & gula
Kulit popia (yg kecik bkn yg besar)
*dimayang

Cara Buat Inti Sardin

1. Tumis bawang merah & putih sampai kekuningan. Minyak jgn byk sgt, nnt inti berminyak meresap kt kulit popia.

2. Masukkan sos cili & tomato, cili giling & ubi kentang. Masak hingga ubi empuk.

3. Kemudian masukkan sardin, gula & garam. Kuah dia nk kena rasa manis lebih dari masin dan rasa pedas. Baru ada uhm👍

4. Masak sehingga kuah menjadi kering cam gini👇

5. Tara...inti dh siap. Biarkan inti sejuk kejap.

6. Haaa, next pokcik nk ajar cara gulung popia lak... Senang je yg ni. Tp sebelum tu, make sure korg kena jaga kulit popia supaya x kering, jgn kena angin sgt. Pokcik letak bwh besen mcm ni...(hehe hangpa tau ka besen tu apa? Tu yg kaler biru tu)

7. 1st, ambik sehelai kulit popia. Letakkan 1 sudu inti sardin mcm gmbr di bawah.

8. Kemudian, lipat bucu segi 3 ke atas inti & gulung skali. Mcm gmbr di bawah.

9. Lipat sisi kanan & kiri ke tengah.

10. Lipat sekali lg ke depan. Tinggalkan sedikit bucu segi 3 tu. Kemudian letak bancuhan gam (tepung jagung + air), guna jari je. Supaya lipatan popia kita melekat & tak terbuka. Then boleh lipat habis.

11. Siap, tunggu apa lagi.... p la goreng... Pergh mmg terbaik lah. Bon Appetit 😋


Wednesday, November 21, 2018

Resepi Mee Bandung Muar Sedap

oleh: Pokcik K


Salam semua.😎 Hari ni pokcik nk share resepi mee bandung muar yg simple & sedap. Smlm masa pokcik shopping di aeon, cikpuan teringin nk mkn mee bandung kt food court dia. Tp last2 x jd order sbb kalut. 

Sebut pasal mee bandung ni, pokcik teringat la mee bandung muar maharani (kalu x silap la) yg dulu pokcik slalu order. Pokcik order pes je, balik masak sendiri, sodap🤠. 

Now easy to eat sbb pokcik try buat resepi sendiri ala2 mee bandung muar. Yg pokcik buat ni pedas, kena la dgn tekak org utara. Hehe😁

Ni bahan2 dia...

Mee Bandung Muar

Bahan A
15 biji cili kering - buang biji & rendam
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
*blend semua bahan A

Bahan B
7 sudu kacang tanah - digoreng & diblend
*Nasib pokcik dh ade kacang spare dlm peti

Bahan C
5 ekor udang
1 senduk daging - dipotong halus & rebus
1 genggam sayur bunga kobis & karot
1/2 kiub ayam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
5 sudu gula 
2 sudu garam
3 cwn air (boleh rebus daging guna air ni)

Bahan Lain
2 biji telur
Mee direbus
Bawang goreng

Cara Masak:-
Sorry la pokcik lupa lak nk snap picture byk2... So sikit la gmbrnya..


1. Blend bahan A & tumis sehingga cili masak. Boleh letak minyak sikit. Pokcik x letak sbb kononnya nk diet..hehe


2. Bila cili dh masak, masukkan je semua bahan B & bahan C... Senang je kan.. campak2 je... Tggu sehingga semua bahan masak. Kuah ni kena rasa manis2 sikit baru sedap.

3. Last skali, korang pecahkan telur. Yg ni yg pokcik lupa ambik pic. Dia ada 2 cara nk masukkan telur ni.
1st, korang pecahkan telur, pastu biarkan je sampai masak (pokcik suke telur kuning tu x masak sgt) so masak kejap je la. 
2nd, pecahkan telur then kacau kuah perlahan2 supaya telur x pecah sgt. Telur masak kejap je, x perlu lama.

Ok siap. Bon Appetit 😉


Tuesday, November 20, 2018

Resepi Sambal Sotong

oleh: Pokcik K


Sedap tak nampak? Ini kalu pekena dgn nasi lomak pokcik...pergh bekecor air liur... Hehe😉

Salam all, today pokcik nk share resepi sambal sotong. Senang giler nk masak sambal sotong ni. Nk tau nape? Sbb cikpuan isteri dh sediakan bahan siap2 dh... Pokcik keje menumis je. 

Kali ni pokcik malas lak nk tulis resepi, oleh itu pokcik akan listkan bahan2 resepi bersama gambar k. 

Step 1: Tumis 3 biji bawang merah & 2biji bawang putih dimayang.

Step 2: Masukkan 1 biji ubi kentang & masak seketika.

Step 3: Kemudian masukkan 1 senduk pes cili kisar (pes ni pokcik dh buat siap2 & letak dlm peti beku. Bahan2 pes cili adalah cili kering direndam & buang biji, bawang putih, belacan & sedikit garam. Kisar semua bahan2 tu & masak dgn sedikit minyak. Pastu boleh la buat stock) Senang giler kalau dh ada pes cili ni, masak pun jd cepat. Anytime nk guna pun boleh. Pokcik x suka cili boh sbb baunya masam. 

Step 4: Step 3 cepat je masak sbb pes cili dh pun di masak awal. So boleh masukkan sotong👾yg telah disiang & dipotong. Masak seketika sehingga sotong masak kemudian masukkan 3 sudu santan. Pergh nnt aromanya mengancam🤤... Setelah sotong masak, slowkan api dan masukkan gula & sedikit garam. Sambal tumis nk kena lebihkan manis baru rasanya bangkit😁

Ok done. Bon Appetit 😋

Resepi Bihun Sup Tulang Power

oleh: Pokcik K


Salam blogger's.

Kira-kira dh lama pokcik x masak bihun sup. Ni pokcik nk share sikit, selain laksa pokcik sekeluarga juga hantu bihun sup. Nak nak pulak tulang lembu fresh dari ladang, pergh....aromanya power habis. Try skali x puas, mesti 2 3 mangkuk baru puas. Ada 2 3 rahsia kesedapan sup tulang pokcik akan share dgn korang... sila duduk dan jgn lari🤣😆

Pokcik reka resepi ni setelah beberapa kali percubaan dan mencoba sup dimerata tempat dlm malaysia mahupun indonesia. Rasa sup buntut sapi indon mmg enak sekali, terangkat buntutku😄...haha.. resepi sup tulang pokcik ni rasanya mcm resepi sup antara benua...haha😎

Pokcik guna periuk noxxa je cepat sikit masak... sape2 nk order periuk noxxa dgn pokcik pun boleh...hehe

Ni resepinya....

Kuah Sup Tulang
1 kg tulang lembu (nk letak sikit pun ok)
1/2 kg daging berurat (mmg power letak yg ni)
1 bgks fishball (ikut suka la nk letak ke tak, pokcik pun x mkn fishball)
1 bgks Sup Punjut Tulang Al-Waqiah (so far pokcik rasa sup bunjut ni la yg paling sedap)
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 inci halia
3 sudu serbuk rempah sup
2 biji ubi kentang dipotong dadu
1 kiub pati ayam (kalo nk sedap boleh letak ni)
1 sudu lada sulah aji-shio (*secret ingredient)
1 sudu black pepper aji-shio (*secret ingredient)
3 jag kecil air (dlm 3liter mcm tu)
Garam

Sambal Kicap
5 bawang putih
15 biji cili hijau
2 sudu cuka makan
5 sudu kicap masin
5 sudu kicap lemak manis
*semua bahan di atas dikisar dgn sedikit air dan dimasak seketika

Penyediaan Bihun
Bihun dicelur
Taugeh dicuci
Daun sup/bawang
Bawang goreng

Cara masak:-

1. Masukkan tulang yg telah dicuci, air, sup bunjut tulang dan halia. Masak guna periuk noxxa high pressure selama 30 minit. Selepas 30minit, masukkan pula daging urat dan masak secara high pressure selama 20minit.

2. Sambil2 tunggu daging masak, tumis bawang merah & bawang putih sehingga kekuningan.

3. Masukkan serbuk rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air. Kemudian masukkan bahan tumisan dalam kuah daging yg telah siap direbus. *Bahan tumisan ni kalo korang nk buat awal & rebus bersama tulang pun ok... cara pokcik buat ni org kampung panggil 'tumis darat'.

4. Masukkan fishball, ubi kentang, kiub ayam, lada sulah, black pepper & garam. Masak seketika sehingga ubi empuk. Ready to serve!

Ohh lupa...ada lg satu rahsia kesedapan pokcik nk habaq, kalau korang tak confident dgn kuah korang or nk lg sedap, korang boleh tambah rempah sup siap adabi 1 peket... pergh mmg power habis, tiada tandingan.... dulu dulu pokcik letak la, lani cemuih dh... hehe 

5. Ni cara buat sambal kicap, senang... kisar semua bahan sambal kicap dan masak mcm ni... masak sampai didih & tutup api...

6. Tara...sambal kicap siap, mmg terangkat pekena dgn sup... rahsia aroma terangkat adalah dgn campur cuka makan td.

Done, now ready to eat.... Bon Appetit!😋


Thursday, November 15, 2018

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

Oleh: Pokcik K


Salam u'ols...
Hari ni lepas hantar cikpuan g klinik, pokcik p pasar utc beli lauk basah utk stok seminggu. Walaupun tgh dok diet😉, sedap jgk kalo dpt makan udang masak lemak cili api. 

Pokcik ni tak lah suka mkn udang, mmg jenis turn off la kalo menu lauk udang. Tp tp, disebabkan masak lemak cili api ni la satu2nya menu yg membolehkan pokcik makan udang. Bau udangnya akan hilang kalo kuah masak lemaknya power. Pergh nk nk pulak kuah tu meresapi masuk dlm udang..hehe meletop kebabooom💥.

Pokcik reka resepi ni selepas pokcik makan lunch menu ni kt nilai spring golf club kalo x silap🤩.

Ni pokcik nk share resepi udang masak lemak cili api kebabooom.

Sebenarnya tunjuk gmbr lg senang kan nk tgk. Tambah2 mcm pokcik ni yg malas sgt nk membaca panjang2. 

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api
10 ekor Udang
4 biji bawang kecil
1 inci kunyit
7 biji cili padi
1 biji cili besar merah
1 btg serai diketuk
1 biji kentang 
1 helai daun kunyit
1/2 cwn santan (dlm seringgit)
1 cwn air
Gula / garam

Cara masak

1. Mula2 korang blend bawang & kunyit sehingga lumat. Lepas tu baru masukkan cili besar & cili padi, yg ni blend kejap je supaya cili tu kasar2 je.

2. Masak bahan blend td bersama ubi kentang & serai. Masak sehingga ubi empuk. Boleh tambah air sikit2 kalau nmpk kering.

3. Kemudian, masukkan udang (udang tu korang buang kepala & belah blkg utk buang tali najis dia) dan tambahkan dlm stgh cawan santan. Korang check la kepekatan yg korang suka.

4. Masukkan daun kunyit dan masak seketika dgn api yg perlahan. Udang & santan x perlu masak lama sbb nnt pecah minyak. Lepas tu tambahkan garam & gula secukup rasa.

Tara... siap. Bon Appetit 😋

Tuesday, November 13, 2018

Laksa Power

Oleh: Pokcik K


Salam semua!

Teliuq tak tgk? Tu nama dia laksa tumis utara style mmg terangkat habis... Laksa tumis canggini mmg susah la nk cari... 

Kelmarin masa keja, cik puan isteri dh roger2 pokcik kata laksa di rmh ready to eat😁... Hehe apa lg pokcik pun lps keja trus cargas balik pekena laksa... Syok la layan laksa panas time hujan & dlm kesejukan. 


Thanks to cik puan isteri yg sudi masak. Apa resepi? Nnt2 lah pokcik share resepi. Hari ni pokcik nk cite sikit pasai sejarah laksa family pokcik ni...

Laksa family pokcik ni dh berlaku beberapa siri intervention dari masa ke semasa. Family besar pokcik kt kg nu mmg hantu laksa, pantang bekumpul ramai2, pantang ada perayaan/keraian mesti ada laksa. Mcm2 jenis laksa la dari kecik...asam laksa, laksa tumis, laksa thai, laksa sardin tin...

Dulu masa kecik2, mak pokcik rajin la buat asam laksa, kekadang guna sardin tin. Dulu2 kan sardin tin kan murah compare ikan fresh.. lani pulak terbalik kod. Dulu sardin tin besar baru sekitar RM2...lani mana nk dpt dh harga mcm tu.😪

Bermula dgn asam laksa biasa, kemudian campuran sardin tin, resepi kuah laksa telah ditambahbaik dgn menumis bahan2 asas kuah laksa terlebih dahulu... Pergh aromanya mmg terangkat2 sampaikan ada sestgh2 tetamu bertanya kuah laksa ni letak santan ke? Apa rahsia kuah laksa rasa lemak? Haaa kena la tunggu episod resepi laksa tumis nnt. 😆

Haa tu pasai kuah laksa je, kaedah pembuatan pun tlh ditambahbaik jgk. Dulu kalau nk buat kuah, mmg berjam-jam la sbb nk asingkan isi & tulang ikan. Skrg ni lg mudah dgn adanya pressure cooker. Nk tau caranya? Tggu next episod pokcik yer...😉

K lah, rasanya pokcik cakap byk pulak entry kali ni. K bye

Monday, November 12, 2018

Resepi Mee Kari Marvellous

Oleh: Pokcik K


Salam semua. Last week pokcik blk kg seminggu. Balik kl terasa pulak nk makan mee kari. Teringat la pokcik mee kari sedap kt bangsar. Terbaik ooo, rasa x puas kalau pekena semangkuk je. Kalau rasa2 malas nk masak, p la makan kt bangsar. Kalau x silap kedai tu nama Abah Corner, gerai tepi jln area blkg mahbub bangsar.

Ni la resepi mee kari marvellous pokcik. 

Kuah Kari:
Segenggam daging urat (rebus empuk)
200gm ayam potong kecil
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Setangkai daun kari
Sebtg serai diketuk
Sebiji ubi kentang dipotong dadu
3 sudu serbuk kari daging
Santan - guna santan kotak je
Air - guna air rebusan daging td
Garam / sedikit gula
*dimayang halus
#pokcik dh jemu mee kari yg letak rempah2 3sekawan; bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih...tp sape suke nk letak boleh je.

Penyediaan Mee:
Mee diculur
Taugeh (masukkan air panas, terus tapis)
Daun sup/bawang
Fish cake digoreng
Bawang goreng
Tauhu digoreng
Telur goreng telur mata - pergh terbaik
Ayam goreng guna tepung bestari - pergh terbaik jgk letak ayam ni 2 3 slice

Cara memasak:
Haaa nmpk menarik tak? Potong siap2.
Tumis bawang/putih/halia/daun kari sampai garing, kemudian tambah serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air.
Setelah kari dh pecah minyak, masukkan ubi kentang & ayam. Tambah sedikit air & masak sehingga ayam & ubi empuk.
Masukkan daging & air rebusan.


Air rebusan tu agak2 lebih kurang satu jag kecik tu & santan sekotak. Kalau pekat, boleh tambah sikit lg air ikut citarasa sendiri. Masukkan jgk serai yg diketuk. Agak2 santan dah masak (jgn lama sgt nnt santan pecah minyak x best), masukkan garam & sedikit gula.

Kalau korang nk tambah kerang ke, lain2 ke, boleh je. Ikut cita rasa sendiri. Pokcik suke jgk buat mee kari ketam. Nnt rajin pokcik share yer.

Now ready to eat. Bon Appetit!